Wednesday, March 2, 2011

Rawatan gigi

Beberapa hari ni Bb diserang sakit gigi. Sementara boleh bertahan, Bb tahan je la sakit tu, buat la cara apa pun untuk tahan sakit tu.. Orang suruh kumuh air garam, Bb buat.. tapi hilang sakitnya sekejap saja. Malam semalam, rasa tu dah tak tertahan. Oleh kerana baru jam 8 mlm, Bb pun pecutlah ke klinik gigi berhampiran, Klinik Pergigian Fadhil di Taipan. This is my second time la dapatkan rawatan gigi di situ.

Bila dah di check, doktor cakap gigi ada crack, nanti kena buat crown. Buat masa ni doktor tampal dulu. Since jarang sangat ambil tahu tentang rawatan gigi ni, Bb pun tanya la apa itu crown. Then doktor terangkan. Setelah ditampal gigi, Bb kira gigi tak akan sakit lagi. Rupanya sakit tu tak hilang..Tak lena tidur dibuatnya. Disebabkan tak tertahan, Bb google ayat untuk mengurangkan sakit gigi. Surah Al-Mulk, ayat 23. Rujukan: Syabab



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



قُلْ هُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ قَلِيلا مَا تَشْكُرُونَ --٢٣

Maksudnya :
“ Katakanlah ( wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu ( dari tiada kepada ada ), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
( untuk kamu bersyukur ) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur :”

Pagi ini Bb pergi semula ke klinik tersebut. Then baru doktor bagi antibiotik dan ubat tahan sakit. Kemudian doktor terangkan rawatan-rawatan yang ada dan boleh dibuat dengan gigi tersebut. Apa itu bridge dan root canal. Emm, baru la faham. Doktor recommend Bb buat crown. Erkk..,mahal juga nak buat crown ni from 400 and above, mengikut material yang digunakan. Kena buat cepat ni, nanti kedudukan gigi lari. Ini pun doktor cakap kedudukan gigi dah lari sikit. Huhu..takutnya..

Oklah, kat sini Bb kongsikan apa rawatan yang ada. Dah dua hari ini Bb google tentang rawatan gigi. Rujukan di bawah ini Bb ambil dari blog Dr Leen. Very informative blog. Gigi Sihat Senyuman Menawan.

Cuci gigi (scaling) : Pembersihan karang dan plak dari permukaan gigi dengan satu alat yang bergetar dan mengeluarkan banyak air

Amalgam : tampalan yang berwarna perak

Komposit (composite): tampalan yang berwarna seperti gigi anda

Dressing : tampalan sementara yang di buat sekiranya karies terlampau dalam dan gigi anda sakit

Rawatan saraf/akar (Root canal treatment) : Pembuangan seluruh saraf yang terdapat di dalam akar gigi yang telah dijangkiti kuman atau mati.

Rawatan saraf separuh (pulpotomy) : Pembuangan bahagian atas saraf anda yang dijangkiti kuman tanpa membuang semua saraf gigi .

Korona gigi (crown) : Sejenis sarung gigi yang dibuat dari porselin yang di simen pada gigi yang telah dikecilkan .

Jambatan gigi (bridge) : 3 atau lebih korona gigi yang bersambung yang digunakan untuk menggantikan gigi yang telah hilang

Pendakap gigi (braces) : sejenis peralatan besi kecil yang dilekatkan pada gigi untuk membetulkan kedudukan gigi supaya menjadi teratur.

Tanam gigi (implant) : Sejenis skru yang dilekatkan pada tulang rahang untuk menggantikan akar gigi yang hilang supaya korona gigi (crown) boleh diletak untuk menggantikan gigi yang hilang.

16 comments:

Zamz said...

penah buat scaling dgn tampal je..yg lain2 takut hehe

Bb Hussain said...

@zamz, hehe..Bb ni pun terpaksa la ikutkan nasihat Dr since dah jadi macam ni..tak nak sakit lagi dah..

intan izani said...

intan pun kalau nak g klinik gigi seram kemain. tapi aritu g scaling dgn tampal cam ok je, tak berapa sakit. sekrang ni tiap tahun nak wat sebab risau jugak gigi tak ok kang dah tua. intan pun pernah wat crown masa kecik2 dulu, habis rm600 jugak lah.

Kancilbiru said...

erk tak suka sakit gigi...huhuhu

Bb Hussain said...

@intan, emm..Bb ok je dengan gigi ni..ingatkan dulu gigi ni ok je kan..setakat buat scaling je..now, banyak pulak kena servis..hehe.

@KB, mmg tak suka..tak best tau...huhu

Kujie said...

Klinik gigi yang kak jie dan family pergi tu sangattttt baik.... sehari selepas kita pergi klinik, dia mesti telefon tanya keadaan kita.

dulu...mula2 tu rasa 'eh....betul ke doktor ni'

tapi dah 3-4 kali, rasa seronok pula jadi hubungan kita dengan doktor pun mesra..boleh tanya macam2 dalam bilik doktor.

Zuwairi Aiman said...

Terima kasih berkongsi info.. boleh di jadikan panduan.

Ismail N said...

Kawe balik KL baru check gigi.. Kakak tlg check kan...FREE he.. he..

maza said...

eerrrkk.. ate pokcik ni giginya dah luruh, tinggal gusi, boleh ke pokcik wakilkan gigi perlsu pokcik jah utk di check?

ihik, ihik, ihikkkk...

Bb Hussain said...

@Kak jie, bestnyer klinik tu..kalau dekat sure kita nak pegi juga ke sana.. now kita masih mencari2 klinik yang bersesuaian since klinik ni kita terjah je..nak juga second opinion from other dentists ;)

@Zuwairi, sama-sama ;)

@Ismail, oo kakak dentist yer..senang la camtu.. ;)

@maza, uiks..maza muda2 lagi dah takde gigi ke..hehehhe..

suri said...

salam jumaat
hai Bb manis..

erk cam tu kena kumpul wet lah huuu..ush gak klo ggo sakit sb kita nak tdo pun sush apatah lagi nak mamam sapedek..

moga Bb cepat smbuh..

terima kasih atas ilmu yg di beri.sslu dgr pendakao gigi jer..tgok org pkai tu pun rasa cam terseksa jer huuu

kulanz said...

terima kasih kongsi info.. banyak juga jenis rawatan ni yg aku sendiri tak tau.. setakat ni pernah buat rawatan tampal dan cabut je

SURI said...

gigi yang sihat perlu mmbuat rawatan setahun 5 kali hee...

asal jgn lupa gosok ggi dah ar...karg berbau pulak..

aDoIII!!

=)

willie a.k.a reptoz said...

Root canal paling mahal. Aku dulu ambil rawatan termurah. Aku cabut jer gigi yg bermasalah. Sekarang ni, dah takde sakit gigi lagi. Tidor pun lena.

apisv2 said...

salam,
mengunjungi rakan2 blog;)
slmt berkenalan,
blog apisv2

suri said...

salam manis Bb..
amacam giginya sudh ok ker?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...